Storan bermaksud menyimpan data, arahan dan maklumat untuk kegunaan akan datang. Setiap komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan aplikasi. Komputer akan mula beroperasi apabila komputer mengesan sistem operasi dalam storan dan memuatkannya ke dalam memori. Apabila pengguna mengeluarkan arahan untuk memulakan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, sistem operasi akan mengesan program tersebut di dalam storan dan memuatkannya ke dalam memori.
Selain program, pengguna juga boleh menyimpan pelbagai data dan maklumat pada mainframe, server, komputer, desktop, notebook, tablet PC, netbook, ultrabook, komputer handheld, PDA dan telefon pintar. Misalnya semua jenis pengguna menyimpan foto digital, temujanji, jadual kerja alamat, emel atau mesej.