Tuesday, May 22, 2012

PC EXPO 2012

PC Expo 2012 akan diadakan dari 25 hingga 27 Mei 2012. Expo ini akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre. Antara perkara yang menarik semasa expo adalah seperti pendrive 8GB berharga RM8, pencetak semua dalam satu berharga RM88, external hardisk 500GB berharga RM149 dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai ke expo tersebut. Jumpa anda di sana. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang berikut http://www.pcexpo.com.my

Saturday, May 12, 2012

JENIS-JENIS MEMORI UTAMA

  
  1. DRAM (Dynamic RAM)

DRAM ialah RAM yang dikeluarkan pada peringkat awal penggunaan komputer. Di dalam DRAM, arahan disimpan sebagai satu siri cas pada kapasitor. Dalam satu millisaat elektrik cas, kapasitor mengalami proses dinyahcas dan perlu dikemaskini atau disegarsemula bagi mengekalkan nilai di dalamnya. Proses kemaskini yang berterusan ini merupakan faktor mengapa ia dinamakan Dynamic RAM. DRAM merupakan sejenias memori yang agak murid kos penghasilannya. Antara teknologi DRAM ialah :
  • FPM (Fast Page Mode)
  • ECC (Error Correcting Code)
  • EDO (Extended Data Out)
  • SDRAM (Synchronous Dynamic RAM)
    
     2. SRAM (Static Random-Access Memory)

SRAM mampu menyimpan data tanpa perlu melalui proses pengemaskinian. Oleh itu, SDRAM mampu beroperasi dengan kepantasan yang lebih tinggi berbanding DRAM. Namun begitu, kebanyakan komputer masih menggunakan teknologi DRAM kerana teknolohi SRAM jauh lebih mahal daripada DRAM. Kadangkala SRAM juga lebih dikenali umum sebagi Memori Para atau Cache Memory.

      3. RDRAM (Rambus Dynamic RAM)

RDRAM secara dasarnya dibangunkan lanjutan daripada teknologi DRAM cuma senibinanya sahaja yang berbeza.Senibina ini menyediakan kepintaran yang membolehkan unit memori mencapai data yang lebih sistematik yang seterusnya mengurangkan proses pemproses mikro.

     4. DDR RAM (Double Data Date RAM)

DDR RAM merujuk kepada Double Rata Rate RAM. Ia merupakan teknlogi yang mampu melakukan proses penghantaran data pada kedua-dua belah bahagian isyaratnya (signal). Ini seterusnya akan menggandakan memori misalnya cip 133 MHz SDRAM akan dipinda dengan mudah agar berkeupayaan seperti cip 266 MHz DDR.

     5. SLD RAM (SyncLink DRAM)

SLD RAM juga dikenali sebagai SyncLink DRAM. Ia diperkenalkan dan diperjuangkan oleh Konsortium SyncLink. Korsortium ini cuba menyaingi teknologi RDRAM dari Rambus Inc. yang disokong oleh Intel Corporation. Ini bermakna, teknologiSLD RAM agak sukar untuk diketengahkan memandangkan ia terpaksa bersaing dengan teknologi ingatan utama dari syarikat-syarikat gergasi dalam bidang berkenaan.

      6. RIMM (Rambus Inline Memory Modules)

RIMM yang merujuk kepada Rambus Inline Memory Modules merupakan modul memori utama yang beroperasi dengan lebar 16 bit sahaja berbanding 64 bit modulingatan DIMM SDRAM sebelumnya. Ia mampu beroperasi dengan frekuensi atau kepantasan jamsistem yang lebih tinggi iaitu 600 MHz, 700 MHz, 800 MHz dan sebagainya. Teknologi ini juga beroperasi dengann kuasa setinggi 2.5 volt sahaja. RIMM mempunyai cip pengawal yang mampu memutuskan bekalan kuasa kepada seksyen-seksyen yang tidak digunakan. Selain itu, ia juga berkeupayaan untuk mengurangkan kepantasan ingatan sekiranya sensor haba yang ada padanya mengesan lebihan haba berlaku.

Sunday, May 6, 2012

KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER PERIBADI

Komputer peribadi atau lebih dikenali sebagai desktop dilengkapi dengan beberapa komponen penting. Komponen-komponen ini diperlukan untuk membolehkan komputer tersebut beroperasi. Di antara komponen-komponen tersebut adalah seperti papan induk, pemproses, unit kawalan, memori, modul memori utama, memori baca sahaja, kad grafik, PCI, kad bunyi,kad modem, kad antaramuka rangkaian dan kad ethernet.
Papan Induk (Motherboard) Papan induk yang juga dikenali sebagai papan sistem, merupakan papan papan litar utama dalam unit sistem. Kebanyakan komponen elektronik boleh didapati pada papan utama, manakala yang lain telah sedia terbina dalam papan tersebut.
Pemproses (Processor) Pemproses juga dikenali sebagai Unit Permprosesan Maklumat atau Centre Processing Unit (CPU) yang menterjemah dan menyelurkan arahan asas untuk komputer beroperasi. Dalam komputer peribadi, semua funggsi pemproses biasanya terdapat dalam satu cip.
Unit Kawalan Unit kawalan ialah komponen pemproses yang mengarah dan memberi koordinasi pengoperasian sesebuah komputer. Tugas unit kawalan sama seperti pegawai trafik; menterjemah setiap arahanyang dikeluarkan oleh sesuatu program dan kemudian menjalankan tindakan yang berpatutan untuk melaksanakan arahan tersebut.
Memori Komputer memerlukan bahagian-bahagian ingatan atau memori (memory) untuk mengingati data serta menyimpan sementara arahan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Unit Pemprosesan Pusat (CPU) akan merujuk kepada bahagian memori untuk mendapatkan data serta memastikan semua tugas telah ditetapkan.
Modul Memori Utama (RAM) Seseorang tidak boleh dengan sesuka hati menggunakan jenis memori utama (RAM) yang dikehendaki pada sistem komputer. RAM biasanya dikawal oleh set cip pada papan induk dan seseorang itu boleh menambahkan RAM mengikut jenis yang menepati keperluan induk yang digunakan. Secara amnya, terdapat dua jenis modul ingatan utama yang sering digunakan iaitu: 1. Modul SIMM (Single In-line Memory Module) 2. Modul DIMM (Dual In-line Memory Module)
Memori Baca Sahaja (ROM) ROM merupakan memori kekal yang sedia ada di dalam setiap komputer walaupun sistem komputer telah ditutupkan (off). Ia biasanya telah diprogramkan oleh pengeluar komputer semasa di kilangg lagi dan tidak boleh diubahsuai sama sekali. ROM yang merujuk kepada memori baca sahaja, hanya boleh dibaca dan tidak ditulis (read only)

Wednesday, May 2, 2012

JENIS-JENIS KOMPUTER

Komputer Peribadi Komputer peribadi merupakan jenis komputer yang menjalankan semua input, memproses, output dan aktiviti pengstoran secara sendiri. Komputer peribadi mempunyai pemproses,memori dan satu atau dua input, output dan alatan storan. Dua bentuk komputer peribadi yang terkenal ialah PC dan Apple.
Komputer Riba (Laptop) Komputer riba juga dikenali sebagai notebook. Komputer notebook lebih nipis dan ringan, namun ia mempunyai kuasa sebagaimana komputer desktop. Harganya lebih mahal daripada komputer desktop dengan kebolehan yang sama.
PC Tablet Tablet PC ialaj sejenis notebook komputer, seperti saiz sekeping surat yang membolehkan anda menulis atau melukis di atas permukaannya dengan menggunakan pen digital. Selain daripada pen digital,papan kekunci juga boleh digunakan.
Server Server mengawal akses ke hardware, software dan lain-lain sumber network. Ia menyediakan ruang storan berpusat untuk programs, data dan maklumat. Server boleh menyokong beberapa ribu komputer yang dihubungkan serentak.
Mainframe Mainframe ialah komputer yang besar, mahal dan berkuasa tinggi. Ia boleh menampung ratusan atau ribuan komputer yang dihubungkan secara serentak. Mainframe mampu menyimpan data, arahan dan maklumat dalam jumlah yang sangat besar.
Superkomputer Superkomputer merupakan komputer terpantas, paling berkuasa dan paling mahal. Superkomputer terpantas berkebolehan memproses lebih daripada 100 trilion arahan dalam satu saat. dengan beratnya mencecah 100 ton, komputer ini mampu menyimpan lebih daripada 20 000 kali ganda data dan maklumat berbanding komputer desktop biasa.