Friday, December 21, 2012

KOMPUTER PERIBADI MAKMAL KOMPUTER BAHARU

Pada hari ini bersamaan 21 Disember 2012 (Jumaat), SKS2BK telah siap memasang 42 unit komputer peribadi yang telah dihantar beberapa hari yang lalu. Semua komputer peribadi tersebut adalah gantian bagi komputer peribadi yang telah dilupuskan sebelum ini. Pada hari ini juga, SKS2BK telah menerima 2 unit pencetak (printer) dan 2 unit projektor serta 42 unit uninterruptible power supply (UPS) sebagai pelengkap kepada komputer peribadi yang telah dihantar. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh juruteknik komputer daripada syarikat pembekal iaitu Kelisa Technology Sdn. Bhd. 

 
Setelah pemasangan selesai, setiap peralatan yang diterima telah diuji lari dan boleh digunakan. Di akhir proses penerimaan peralatan tersebut, saya selaku penyelaras ICT SKS2BK telah menandatangani dokumen penyerahan dan uji lari. Guru Besar juga telah menandatangani dokumen yang sama untuk pengesahan dan sebagai saksi. Insyaallah jika tidak ada aral, maka makmal komputer tersebut boleh digunakan apabila hari persekolahan dimulakan. Manfaatkanlah makmal komputer baharu ini sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran serta ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
 

Wednesday, December 19, 2012

PENGHANTARAN KOMPUTER PERIBADI MAKMAL KOMPUTER


Makmal komputer telah banyak dibekalkan kepada kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia. Para pelajar menggunakan makmal komputer untuk mempelajari teknologi maklumat menggunakan komputer dan internet. SKS2BK memiliki dua buah makmal komputer yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah sebuah daripadanya telah dilupuskan pada tahun 2010 yang lalu. 


Setelah proses pelupusan selesai, maka pihak Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana yang bertanggungjawab menyelaras proses pelupusan dan pengagihan komputer baharu sebagai gantian komputer yang telah dilupuskan telah meluluskan penghantaran bekalan 42 unit komputer peribadi ke sekolah ini. Kesemua unit komputer peribadi itu telah diterima oleh Unit ICT SKS2BK pada 19 Disember 2012. Walau bagaimanapun, makmal komputer terbabit masih kurang lengkap tanpa peralatan tambahan seperti pengimbas (scanner), pencetak (printer) dan projektor. 


Sunday, December 16, 2012

MENGEMAS MAKMAL KOMPUTER


Makmal Komputer Fasa 3 SKS2BK telah diwujudkan sejak tahun 2006 lagi.  Makmal komputer tersebut mempunyai 22 set komputer peribadi, 1 buah pencetak (printer) dan 1 buah pengimbas (scanner). 22 set komputer peribadi itu pula adalah terdiri daripada 20 set komputer murid, 1 set komputer guru dan 1 set komputer pelayar (server). Pada tahun hadapan, SKS2BK akan menerima peralatan komputer peribadi yang baharu. Unit ICT SKS2BK akan memaklumkan di laman sesawang ini setelah pihak sekolah menerima peralatan tersebut.  Sebelum ketibaan peralatan komputer tersebut, saya sebagai penyelaras ICT telah bekerjasama dengan pekerja sekolah untuk menyimpan peralatan lama bagi memudahkan pemasangan peralatan baharu kelak.



Thursday, December 6, 2012

JENIS-JENIS CAKERA KERAS (HARD DISK)

1.  Cakera Keras Miniatur / Mini

Cakera keras miniatur / mini (miniature hard disk) terkandung di dalam kebanyakan peranti bergerak (mobile devices) dan baranganelektronik pengguna. Cakera jenis ini menyediakan kapasiti storan yang lebih besar daripada memeori imbas. Cakera keras kecil berbentuk kurang daripada satu inci ini boleh didapati di dalam peranti seperti pemain audio, kamera digital. telefon pintar dan PDA. Cakera keras miniatur mempunyai kapasiti storan di antara 2 GB ke 120 GB.Cakera keras miniatur yang mempunyai kapasiti    storan biasanya menggunakan cara merekod menegak.

2.  Cakera Keras Mudah Alih



Cakera keras mudah alih (portable hard disk) hadir sama ada secara luaran (external) atau pindah-alih (removable) dan mempunyai kapasiti sitran sehingga 500GB atai lebih.





3.  Cakera Keras Luaran



Cakera keras luaran merupakan cakera keras berasingan yanng boleh berdiri bebas di luar unit sistem komputer dan disambungkan melalui kabel ke port USB atau FireWire pada unit sistem.




4.  Cakera Keras Pindah-alih



Cakera keras pindah-alih digunakan dengan menyisip (insert) dan mengalih dari dok (dock) atau pemacu. Ada dok atau pemacu ini dibina di dalamunit sistem dan ada pula jenis di luar sistem yang dihubungkan melalui kabel ke port USB atai FiereWire apa unit sistem.

Monday, December 3, 2012

PC FAIR III



PIKOM sekali lagi akan menganjurkan PC Fair sebagai penutup pada tahun 2012 ini. Seperti biasa pameran ini akan diadakan di ruang legar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pameran tersebut akan diadakan bermula pada 7 hingga 9 Disember 2012. Banyak promosi daripada pelbagai syarikat IT untuk anda semua. Datanglah beramai-ramai bagi mendapatkan produk ICT pada harga yang murah. Untuk maklumat lanjut, sila layaran laman sesawang PIKOM di bawah ini.

CAKERA MAGNETIK


Cakera magnetik menggunakan partikel magnetik untuk menyimpan item seperti data, arahan dan maklumat pada permukaan cakera. Magnetik pertikel ini mewakili 0 bit atau 1 bit, bergantung kepada susun atur partikel itu. Bit (digital binari) adalah unit terkecil data yang boleh diproses oleh komputer. Justeru itu, susun atur partikel magnetik mewakili data tersebut.

Sebelum sebarang data boleh dibaca dari atau ditulis atas cakera magnetik, cakera itu perlu diformat terlebih dahulu. Memformat adalah proses membahagi cakera kepada trek dan sektor. Ini membolehkan sistem operasi menyimpan dan mengesan data dan maklumat pada cakera tersebut.

Trek merupakan jalur halus untuk merekod. Trek ini membentuk pusingan penuh atau permukaan cakera. Lokasi storan cakera mempunyai sektor-sektor berbentuk pai (pie) yang memecahkan trek-trek kepada arca-arca kecil dipanggil sektor. Satu-satu sektor pada cakera magnetik biasanya dapat menyimpan sehingga 512 bait data.

Tiga jenis cakera magnetik ialah cakera keras, cakera liut dan cakera Zip. Cakera-cakera ini ada yang jenis portable dan ada juga yang tidak. Dalam media storan, portable bermaksud anda boleh mengalihkan media tersebut dari satu komputer dan membawanya ke satu komputer yang lain.