Monday, December 3, 2012

CAKERA MAGNETIK


Cakera magnetik menggunakan partikel magnetik untuk menyimpan item seperti data, arahan dan maklumat pada permukaan cakera. Magnetik pertikel ini mewakili 0 bit atau 1 bit, bergantung kepada susun atur partikel itu. Bit (digital binari) adalah unit terkecil data yang boleh diproses oleh komputer. Justeru itu, susun atur partikel magnetik mewakili data tersebut.

Sebelum sebarang data boleh dibaca dari atau ditulis atas cakera magnetik, cakera itu perlu diformat terlebih dahulu. Memformat adalah proses membahagi cakera kepada trek dan sektor. Ini membolehkan sistem operasi menyimpan dan mengesan data dan maklumat pada cakera tersebut.

Trek merupakan jalur halus untuk merekod. Trek ini membentuk pusingan penuh atau permukaan cakera. Lokasi storan cakera mempunyai sektor-sektor berbentuk pai (pie) yang memecahkan trek-trek kepada arca-arca kecil dipanggil sektor. Satu-satu sektor pada cakera magnetik biasanya dapat menyimpan sehingga 512 bait data.

Tiga jenis cakera magnetik ialah cakera keras, cakera liut dan cakera Zip. Cakera-cakera ini ada yang jenis portable dan ada juga yang tidak. Dalam media storan, portable bermaksud anda boleh mengalihkan media tersebut dari satu komputer dan membawanya ke satu komputer yang lain.

No comments: