Wednesday, December 23, 2015

CCLEANER 5.13.5460

Title : CCleaner 5.13.5460
File Name : ccsetup_513.exe
File Size : 6.49 MB 
Requirements : Windows 2000 / XP / Vista / Windows 7 / Windows 8 / Windows 8.1
Languages : Multiple languages
License : Freeware
Date Added : December 21, 2015
Author : www.piriform.com

Friday, December 11, 2015

PERCUMA OFFICE 2016 UNTUK PENGGUNA YES ID

Image result for office 2016
Pengguna Frog VLE bertuah kerana dapat menikmati Office 2016 yang asli secara percuma daripada Microsoft. Sebelum ini pengguna YES VLE diberikan perisian Office 365 atau 2013 secara percuma. Dengan pelancaran Office 2016, Microsoft telah menaik taraf perisian Office 365 atau 2013 kepada Office 2016. Bergembiralah menikmatinya. Anda boleh mengikuti langkah-lanngkah di bawah ini untuk pemasangan percuma tersebut. Selamat mencuba.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang perisian Office 2016 secara percuma dengan menggunakan YES ID anda.
  1. Layari laman sesawang https://products.office.com/en-gb/student/office-in-education?tab=teachers
  2. Klik Get started for free.
  3. Kemudian masukkan alamat email YES ID anda.
  4. Klik Sign up
  5. Setelah berjaya, sila semak email YES ID anda.
  6. Klik Yes, that's me.
  7. Seterusnya, isi borang yang telah disediakan.
  8. Kemudian klik Start
  9. Langkah terakhir, klik Install now
  10. Tunggu sehingga muat turun selesai.
  11. Setelah muat turun selesai, klik 2X icon Setup.X86.en-US_O365ProPlusRetail...
  12. Tunggu sehingga perisian tersebut dipasang ke dalam komputer anda.
  13. Tamat.

Thursday, November 26, 2015

CCLEANER 5.12.5431

Title : CCleaner 5.12.5431
File Name : ccsetup512.exe
File Size : 6.49 MB 
Requirements : Windows 2000 / XP / Vista / Windows 7 / Windows 8 / Windows 8.1
Languages : Multiple languages
License : Freeware
Date Added : November 24, 2015
Author : www.piriform.com

Sunday, August 2, 2015

NAIK TARAF KE WINDOWS 10 TANPA MENUNGGU LAMA

 
Windows 10 telah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Julai 2015. Malangnya proses menunggu giliran memakan masa yang terlalu lama. Microsoft sedang berusaha menyusun jutaan pengguna Windows untuk menaik taraf sistem mereka ke Windows 10.
 

Di sini saya ingin kongsikan cara yang mudah dan cepat untuk menaik taraf sistem operasi komputer anda ke Windows 10 tanpa perlu menunggu lama. Walaupun cara ini lebih kepada pemasangan sistem Windows melalui media pemasangan seperti DVD atau pemacu kilat. Cara ini juga boleh digunakan untuk menaik taraf sistem operasi tanpa melalui media pemasangan.
 

Sebelum pemasangan, anda perlu membuat salinan data di dalam komputer anda ke media pemasangan luaran agar ia boleh di salin semula ke dalam sistem Windows nanti. Anda boleh berbuat demikian, dengan memasang aplikasi Easeus Sistem GoBack. Walaupun Windows 10 mempunyai aplikasi tersendiri untuk kembali ke sistem sebelumnya. Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut akan luput selepas satu bulan. GoBack seharusnya boleh berfungsi selama-lamanya. 
Seterusnya, pergi ke halaman Download Windows 10, klik pada Download Tool Now. Anda diberi pilihan sama ada versi 32-bit atau 64-bit. Ia bergantung kepada sistem operasi Windows yang sedang anda gunakan.

Gunakan aplikasi ini, kemudian pilih "Upgrade this PC." Anda hanya perlu menunggu seketika sementara Windows 10 dimuat turun, disahkan dan sedia untuk pemasangan. Pilihan yang terbaik adalah menunggu ketibaan pemasangan yang rasmi daripada Microsoft.

Sumber : Cnet.com