Sunday, January 27, 2013

KELEBIHAN CAKERA KERAS LUARAN DAN PINDAH-ALIH

  1. Penghantaran fail dalam bilangan banyak.
  2. Simpan bantuan (backup) fail-fail penting atau keseluruhan cakera keras dalaman.
  3. Dapat menyimpan fail audio dan video yang besar.
  4. Menjaga keselamatan data anda; contohnya setelah selesai membuat kerja, alihkan cakera dan kuncikan. Tiada data yang tertinggal di dalam komputer.
  5. Menambah ruang storan pada komputer notebook atau PC Tablet.
  6. Menambah ruang storan pada komputer desktop tanpa perlu membuka unit sistem.
  7. Berkongsi pemacu dengan pelbagai komputer.

Monday, January 21, 2013

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

  1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
  2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  3. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  4. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
  5. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
  6. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
  7. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
  8. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang perkara yang tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
  9. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
  10. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
  11. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
  12. Dilarang mencetak, mengedar atau menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tertentu.
  13. Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
  14. Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
  15. Semua hasil kerja hendaklah disimpan di dalam cakera keras sahaja.
  16. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru sahaja.
  17. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke makmal hendaklah merekod penggunaannya di dalam buku log makmal.
  18. Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.
  19. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

Friday, January 18, 2013

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNA

  1. Meja komputer perlu diatur dengan baik dan teratur dengan sistem unit diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
  2. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk menghindari daripada sakit pinggang.
  3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dari laluan pengguna.
  4. Penapis cahaya monitor boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
  5. Laraskan kedudukan mata dengan monitor di antara 18 ke 24 inci.
  6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dengan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
  7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan pada kedua-dua belah kaki atau tangan.
  8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
  9. Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit dimatikan terlebih dahulu serta tanggalkan plug.
  10. Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan daripada memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
  11. Perhatikan jika terdapat wayar yang terdedah dengan menukarnya dengan wayar yang lebih selamat.

Saturday, January 5, 2013

PENEMPATAN SEMULA KOMPUTER MAKMAL

Baru-baru ini SKS2BK telah menerima 42 unit komputer peribadi. Ia merupakan komputer gantian bagi komputer lama yang telah melalui proses pelupusan pada tahun 2010. Semua komputer tersebut telah ditempatkan di dalam makmal komputer yang terletak di sebelah kantin sekolah. Sebelum ini, makmal komputer tersebut menempatkan 21 unit komputer peribadi yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

Justeru itu, semua komputer terbabit terpaksa ditempatkan semula ke bilik-bilik khas untuk dimanfaatkan oleh guru-guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dilakukan untuk memberi laluan kepada komputer baharu ditempatkan di sana. Berikut adalah tempat-tempat di mana komputer tersebut ditempatkan semula serta bilangan unit yang dibekalkan. 

Tempat
Unit
Pejabat
1
Bilik GPK Kokurikulum
1
Bilik Peperiksaan
1
Bilik j-QAF
1
Bilik Guru
2
Bilik SPBT
1
Bilik Pemulihan
1
Bilik Bimbingan & Kaunseling
1
Prasekolah
2
Perpustakaan
4
Makmal Sains
1