Thursday, December 26, 2013

JAWATANKUASA KOMPUTER/ICT 2014

PENGERUSI
Guru Besar

NAIB PENGERUSI
PK Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Semua Penolong Kanan

PENYELARAS
En. Mohd. Fadzli b. Mansor

SETIAUSAHA
Pn. Normee Azura bt. Abdullah

AHLI JAWATANKUASA KERJA
En. Wan Asuwadi b. Wan Yaacob
Pn. Azura bt. Razali
Pn. Siti Nurbaya bt. Ramli
Pn. Noor Aenszan bt.Idris
Pn. Roziana bt. Abd Malek
Cik Nur 'Atiqah bt. Che Saad

Thursday, December 12, 2013

CAWANGAN BAHARU CHALLENGER TECHNOLOGIES


Challenger Technologies telah membuka cawangan baharunya di Sunway Pyramid. Majlis perasmian akan diadakan pada jam 10.30 pagi 13 Disember 2013 (Jumaat). Persembahan tarian singa akan diadakan sempena perasmian tersebut. Challenger adalah sebuah syarikat teknologi maklumat yang terkemuka di Malaysia. Terdapat 2 buah cawangan yang sedia ada iaitu di The Mines dan Suria KLCC. Berikut adalah kedudukan cawangan di Sunway Pyramid :

Challenger@Sunway Pyramid
Lot OB3.LG2.2,
Oasis Boulevard,
Lower Ground Two
(Bersebelahan Old Town White Coffee)

 Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut : http://www.challenger.my/

Friday, November 29, 2013

1BESTARINET HELPDESK

Permasalahan berkaitan 1BestariNet hendaklah diajukan ke meja bantuan 1BestariNet untuk tujuan tindakan dan rekod pihak yang bertanggungjawab. Laporan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu :

1. Telefon ke meja bantuan 1BestariNet di talian 018-799 8787
2. Emel aduan ke moesupport@ytlcomms.my
3. Mengisi maklumat aduan di portal https://1bnselfcare.yes.my. Id dan kata laluan diperlukan untuk aplikasi ini.

Jika pihak sekolah tidak dapat menghubungi salah satu cara di atas, aduan boleh dihantar secara terus melalui emel ke pmo.operasi@1bestarinet.yes.my atau menghubungi pegawai PMO untuk bantuan.

1. Connectivity dan Content Filtering:
     a. Nombor Telefon : 018-7997917 / 018-7997901 / 018-7997905 / 018-7997904
     b. SMS : 019-2896605 / 019-2239302 / 019-2239261 / 019-2239245

2. VLE
     a. Nombor Telefon : 018-7997914 / 018-7997900
     b. SMS : 010-4016605 / 010-4006605

3. Dongle
    a. Nombor Telefon : 018-7997914 / 018-7997902
    b. SMS : 010-4016605 / 019-2426605

4. 1BRIS
     a. Nombor Telefon : 018-7997915 / 018-7997906
     b. SMS : 019-3596605 / 019-2836605

ANTIVIRUS SYMANTEC PERCUMA UNTUK RANGKAIAN KOMPUTER 1BESTARINET

Salah satu skop daripada perkhidmatan dalam rangkaian 1BestariNet adalah memberikan perkhidmatan Managed Security Services yang merangkumi antivirus dan patch management untuk 400 ribu komputer peribadi (PC) yang terdapat  di dalam rangkaian 1BestariNet. 

Sehubungan dengan itu, bagi PC sekolah yang belum menerima antivirus bolehlah memuat turun antivirus daripada pautan (link) antivirus Symantec bagi perkhidmatan 1BestariNet yang dihantar ke alamat email 1Bestarinet sekolah masing-masing. Di dalam email itu juga dilampirkan sesalinan garis panduan pemasangan antivirus tersebut sebagai rujukan.

Walau bagaimanapun, hanya PC yang mematuhi spesifikasi sahaja boleh menggunakan aplikasi di atas. Di harap semua sekolah di dalam rangkaian 1Bestarinet dapat mengambil tindakan lanjut bagi memastikan perisian ini dimuat turun seterusnya digunakan untuk kebaikan dan keselamatan PC sekolah masing-masing. Segala panduan untuk pemasangan perisian antivirus tersebut boleh dirujuk di dalam garis panduan yang dilampirkan. 

Wednesday, November 20, 2013

PIKOM PC FAIR 2013 (III)


Date
Location & Venue
15 – 17 Nov
KUANTAN (KN)
Berjaya Megamall
6 – 8 Dec
KUALA LUMPUR (KL)
KL Convention Centre - Hall 1 – 6
PENANG (PG)
PISA
13 – 15 Dec
MELAKA (MK)
MITC

Pautan sumber : http://www.pikom.org.my/

Tuesday, November 12, 2013

NEW GMAIL FEATURES

  1. Meet the new inbox
  2. Talk across devices
  3. Lots of free storage
  4. View attachments instantly
  5. Take action right from inbox
  6. Share more with Drive
  7. A better compose
  8. Video calls
  9. Custom themes
To see more features please log on to http://www.google.com/intl/en/mail/help/features.html

Monday, November 11, 2013

VISI

Menyediakan prasarana yang lengkap kepada semua warga SKS2BK berteraskan teknologi maklumat (IT) terkini.

MISI

Unit ICT SKS2BK berusaha memastikan semua peralatan, perkakasan, perisian dan kepakaran di dalam bidang ICT boleh digunapakai pada bila-bila masa yang diperlukan untuk kegunaan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.

PIAGAM PELANGGAN

Unit ICT SKS2BK bertanggungjawab memastikan perkara-perkara berikut dicapai : -

  1. Memastikan segala keperluan ICT sekolah berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  2. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid.
  3. Mengemaskini maklumat di dalam laman sesawang sekolah dengan maklumat baharu.
  4. Melaporkan sebarang kerosakan atau ketidakaturan peralatan, perkakasan atau perisian kepada pihak pengurusan.
  5. Membantu pentadbir, guru atau murid dalam mengatasi masalah berkaitan ICT.

Tuesday, November 5, 2013

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan berkaitan ICT dan Frog VLE, sila ajukan persoalan anda kepada alamat berikut : -

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara,
Jalan BK 3/8 Bandar Kinrara,
47180 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. : Penyelaras ICT)

No. Telefon : 03-80769376
No. Faximili : 03-80763120
Email : bba8262@1bestarinet.yes.my

Friday, November 1, 2013

SISTEM ANALISIS KOMPETENSI ICT SUDAH DIJAWAB

Sistem Analisis Kompetensi ICT yang disediakan oleh Kementeraian Pendidikan Malaysia (KPM) mengandungi 30 soalan telah selesai dijawab keseluruhannya oleh guru-guru SKS2BK. Seramai 55 orang guru dan pentadbir telah mengambil bahagian masing-masing di dalam tempoh yang diberikan. Tempoh yang diberikan oleh KPM adalah dari 23 Oktober 2013 hingga 31 Oktober 2013. Walau bagaimanapun tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 12:00 tengah malam 1 November 2013.


Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah mengambil tindakan yang proaktif dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Guru-guru telah mengambil tindakan yang pantas di dalam menyelesaikan soal jawab tersebut walaupun masih banyak tugas-tugas lain yang menanti. Sememangnya guru-guru SKS2BK telah menunjukkan semangat kerjasama yang utuh dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Kerjasama yang sebegini akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan di sekolah kita ke tahap yang lebih cemerlang. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah kita.

Dalam tempoh soal selidik tersebut berlansung, saya dapati masih banyak guru yang kurang yakin dengan keupayaan diri masing-masing dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai asas pengetahuan ICT, namun pengetahuan perlu di dalami dan dihayati. Saya rasa amat bersyukur kerana dengan adanya ujian sebegini dapat membuka mata saya dan rakan-rakan seperjuangan tentang kepentingan ICT di dalam dunia pendidikan yang kita sedang kendung sekarang. 

Oleh itu, tingkatkanlah pengetahuan masing-masing dengan membanyakkan membaca buku-buku ICT dan yang berkaitan dengannya agar pengetahuan kita akan bertambah dan dapat bersaing dengan perkembangan ICT yang semakin cepat dan pantas ini. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung kelapa yang tidak mengikuti perkembangan terkini tentang dunia ICT yang semakin mencabar ini. Bagi mereka yang mempunyai kemusykilan berkaitan ICT bolehlah bertanya kepada mereka yang ahli di dalam bidang tersebut.

Tuesday, October 29, 2013

CIRI BARU FROG VLE


Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut : -


Monday, October 21, 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT KPM 2013

Pelaksanaan Ujian Kompetensi ICT diwajibkan ke atas semua pegawai perkhidmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah). Ini merupakan salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Tempoh masa yang diberikan kepada seluruh negeri Selangor adalah dari 23 Oktober 2013 sehingga 31 Oktober 2013Soalan kajian ini terdiri daripada 30 soalan yang perlu dijawab dalam masa 40 minit. Masa dikira apabila anda klik MULA. Ujian perlu diteruskan hingga tamat semua soalan ATAU masa telah tamat. (nak makan, minum atau ke tandas hanya selepas ujian)

Soalan ujian ini dibuat berbeza mengikut gred gaji pegawai. Semakin tinggi tangga gaji seseorang, soalan MUNGKIN lebih sukar kerana pegawai berkenaan dijangka mempunyai lebih banyak ilmu pengetahuan.

Sebarang peranti (device) telekomunikasi seperti komputer, ipad, tablet, smartphone dan lain-lain boleh digunakan untuk tujuan menduduki ujian ini.

Baca dan terus jawab soalan tanpa fikir banyak kali. Peruntukan masa bagi 1 soalan adalah kurang lebih 1 minit lebih sahaja masa.

Guru-guru yang mahu menduduki ujian berbentuk kajian secara online ini, sila ke pautan di bawah.

Selamat Berjaya!

Wednesday, October 9, 2013

PC EXPO 2013

PC EXPO 2013 kembali lagi di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. Expo yang diadakan dari 1 hingga 3 November 2013 akan disertai oleh banyak syarikat ICT terkemuka. Banyak barangan dan gadjet yang terkini dipamerkan dan dijual di sana pada harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut : -

Tuesday, October 1, 2013

PENGAKTIFAN 1BESTARINET YES ID


Langkah 1 : Laman web www.yes.my/1bestarinet

Langkah 2 : Klik Activate Now.

Langkah 3 : Masukkan 1BestariNet Yes ID dan Password.


Monday, September 23, 2013

Samsung Galaxy Note 3 vs iPhone 5


Samsung Galaxy Note 3 adalah produk terbaharu yang dikeluarkan oleh Syarikat Samsung manakala iPhone 5 adalah produk terbaharu yang dikeluarkan oleh syarikat Apple. Jadi yang mana satu pilihan kalbu. Di sini saya letakkan video untuk membantu anda membuat pilihan anda. Semoga anda dapat membuat pilihan yang terbaik dengan citarasa sendiri.

Tuesday, September 10, 2013

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS) 2013

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSOS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuaral Flagship Coordination Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

3. Untuk makluman YBhg. Dato' /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Environrnenf) Can Pusat Sumber Sekolah (PSS). 

4. SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS 2.0 bagi tahun 2013 akan menggunakan aplikasi Google Docs dan di web host di laman web BTPN negeri Selangor.

5. Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 2 hingga 30 September 2013. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, Guru GPM, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).

Untuk pengisian penarafan SSQS 2013, Klik pada link berikut :

a. Borang SSQS 2.0 Bagi Pentadbir Sekolah ( 1 Responden )

Tuesday, August 27, 2013

HASIL KERJA MURID 6 BERLIAN


Nama : Fatimah Al-Zahra bt. Azman
Kelas : 6 Berlian

Tuesday, August 13, 2013

PIKOM PC FAIR II 2013


PIKOM Malaysia akan menganjurkan PIKOM PC FAIR kali kedua bagi tahun 2013. Pelbagai gadjet yang terkini dan canggih dipamerkan dan dijual di sini. Marilah beramai-ramai kita mendapatkannya. Pameran akan diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Sebarang Jaya, Melaka dan Putrajaya. Berikut adalah tarikh dan tempat diadakan pameran tersebut : -

Tarikh
Tempat
23 – 25 Ogos 2013
Kuala Lumpur (KLCC)
29 – 31 Ogos 2013
Kuala Terengganu (TTC)
30 Ogos – 1 Sept 2013
Johor Bahru (Persada Johor)
Kota Kinabalu (Dibatalkan) (1Borneo)
Seberang Jaya (SCCC)
6 – 8 Sept 2013
Melaka (MITC)
26 – 28 Sept 2013
Putrajaya (Dewan Sri Siantan)










Sumber : http://www.pikom.org.my/

Tuesday, July 30, 2013

MALAYSIA IT FAIR

Malaysia IT Fair kembali lagi ke Kuala Lumpur dengan tawaran-tawaran yang menarik. Terdapat banyak barangan, perisian dan peranti yang terkini dengan harga yang berpatutan. Marilah beramai-ramai ke pameran tersebut yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 30 Ogos - 1 September 2013
Tempat : Pusat Pameran Mid Valley Megamall

Friday, July 12, 2013

PROJEK VTI THIN CLIENT, CHROMEBOOK DAN MAKMAL MBMMBI


Antara projek KPM yang melibatkan sekolah di negeri Selangor adalah seperti berikut :
  1. Projek Pergantian Makmal Komputer VDI Thin Client
  2. Projek Makmal Komputer Chromebook
  3. Projek Makmal MBMMBI melibatkan HP-Multi-Seat
Walaubagaimanapun bilangan sekolah dan jumlah pembekalan pada tahun ini masih sulit diperingkat KPM. Pemakluman akan diberitahu kelak.

Sunday, June 16, 2013

KARNIVAL FROG VLE 2013


Karnival Frog VLE yang telah diadakan di SMK Pusat Bandar Puchong 1 pada 15 Jun 2013 (Sabtu). Karnival yang bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga 2:00 petang telah dihadiri oleh guru-guru daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. SKS2BK telah menghantar Guru Besar, GPK 1, Penyelaras ICT, Penyelaras FROG dan beberapa orang guru lain ke karnival tersebut. Setibanya di sana, kami telah dijemput untuk bersarapan di kantin sekolah. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk taklimat Frog dan seterusnya ucapan perasmian daripada Pn. Hjh. Foziah bt. Buang (Ketua Sektor Pengurusan Akademik) di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. 


Setelah acara perasmian, kami dibawa ke luar dewan untuk menyertai karnival yang diadakan di booth-booth pameran yang disediakan. Antara booth yang disediakan adalah seperti booth Collaboration Corner, Gaming Station, Photobooth, Frog Classroom, Frog Pad, Frog Store, YES Cafe dan Cloud. Kami telah mengambil bahagian di semua booth terbabit bagi mendapatkan cap penyertaan. Kesemua borang yang telah dicap akan diberikan hadiah daripada pihak penganjur. Secara keseluruhannya, penganjuran karnival ini banyak memberi input yang baharu kepada kami tentang aplikasi Frog. Semoga dengan ilmu yang diperoleh ini dapat digunakan untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan Frog.




Monday, June 10, 2013

SAMSUNG 4G CHROMEBOOK

The Samsung 4G Chromebook - Exclusively from Yes, heralds the next generation of computers. Ultra-portable, hassle-free and packed with amazing features, it will change the way you live, work, play and learn. 

Best of all, with built-in Yes 4G connectivity, everything you do is smooth and fast. 

Specifications :
  • 11.6 inches (1366x768) display
  • 0.7 inches thin – 2.42 lbs / 1.08 kg
  • Over 6.5 hours of battery*
  • Samsung Exynos 5 Dual Processor
  • 100 GB Google Drive Cloud Storage with 16 GB Solid  State Drive**
  • Built-in dual band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • Built-in Yes 4G Connectivity
  • VGA Camera
  • 1 x USB 3.0, 1 x USB 2.0
  • HDMI Port
  • Bluetooth 3.0™ Compatible

Tuesday, June 4, 2013

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN ONLINE KARNIVAL VLE


Sila ikuti langkah-langkah pendaftaran berikut :
  1. Layari laman sesawang http://www.frogasia.com/roadshow/ 
  2. Pilih 'Pre-Register'
  3. Klik 'Register Now'
  4. Pilih dan klik 'Retreive my ID', 'Activate my ID' atau 'Register'
  5. Klik '15 June' pada Select an Event
  6. Seterusnya klik Selangor-PPD Petaling Perdana-SMK Pusat Bandar Puchong
  7. Masukkan nombor kad pengenalan dan Yes ID
  8. Masukkan semua maklumat yang dikehendaki
  9. Klik 'Register'
Nota :
  • 'Retreive my ID' - Tidak tahu ID (Klik dan isi maklumat yang diperlukan)
  • 'Activate my ID' - Ada ID tetapi belum diaktifkan (Klik dan isi maklumat yang diperlukan)
  • 'Register' - ID telah diaktifkan

Monday, June 3, 2013

1BESTARINET ROADSHOW


          MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN

  • Apa itu Chromebook?
  • Virtual Learning Environment (VLE)  
  • Permasalahan berkaitan aplikasi Frog VLE?
  • Apakah yang dikatakan capaian internet YES 4G.
  • Gajet-gajet yang berkaitan dengan teknologi YES 4G. 
  • Dapatkan kredit RM50 ke dalam akaun 1BestariNet YES anda
  • Booth Bergambar
  • Permainan
    Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://www.frogasia.com/roadshow/

KARNIVAL VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE)

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana sedang dalam pelaksanaan program kesedaran tentang 1Bestarinet dan Virtual Learning Environment (VLE) bagi meningkatkan penggunaan VLE dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa dengan menyampaikan mesej "Anytime, Anywhere Learning", akan mengadakan Karnival Kesedaran VLE di bawah Pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1Bestarinet ke seluruah negara.

Oleh itu, SKS2BK telah dijemput menghadiri Karnival Virtual Learning Environment peringkat Kementerian Pelajaran Malasyia di Daerah Petaling Perdana bagi sekolah-sekolah kluster 41 pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 8:00 - 11:00 pagi (Acara Rasmi); 11:00 - 2:00 petang (Acara Terbuka)
Tempat : SMK Pusat Bandar Puchong 1

Acara rasmi adalah acara yang dihadiri oleh peserta-peserta yang telah dipilih oleh pihak sekolah sahaja, manakala bagi acara terbuka semua orang boleh mengambil bahagian mengikut kategori masing-masing. Jadi, marilah kita beramai-ramai ke sana untuk memeriahkan lagi karnival tersebut di samping dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ICT masing-masing. Semoga dengan kehadiran kita semua dapat mendatangkan manfaat yang besar dalam kehidupan dan pembelajaran kita semua. 

Saturday, June 1, 2013

SISTEM OPERASI SUMBER TERBUKA DAN SUMBER TERTUTUP

Linux merupakan sistem operasi inovatif dan pantas berkembang. Salah satu fitur yang membezakannnya daripada sistem operasi lain adalah Linux ialah sumber terbuka dan sumber kod, beserta dengan perubahan-perubahannya menjadi milik umum. Sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1991, Linux telah diubah, diadaptasi dan diperbaiki oleh beribu-ribu pemprogram. Kebanyakan sistem operasi lain dikuasai khusus serta rahsianya dikawal dengan ketat sehingga pemprogram apklikasinya sendiri tidak berpeluang menyumbang untuk pembaikan program sistem operasi tersebut kerana mereka tidak diberi akses kepada kod sumber program sistem operasi tersebut.

Penyokong sumber terbuka berpendapat bahawa kod sumber perlu didedahkan kepada umum untuk diteliti, diperbetul dan dibuat penambahbaikan. Namun dari segi keselamatan daripada masalah virus, ada yang tidak setuju dengan idea perisian sumber terbuka. Di samping itu, golongan ni berpendapat syarikat dan pemprogram sepatutnya mengawal dan mendapat keuntungan daripada hasil sistem operasi mereka.

Wednesday, May 29, 2013

JENIS-JENIS SISTEM OPERASI 2

Tersendiri (Stand-alone)
  • DOS
  • Versi awal Windows
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Mas OS X
  • UNIX
  • Linux

Rangkaian (Network)
  • Netware
  • Versi awal Windows Server
  • Windows Server 2003
  • UNIX
  • Linux
  • Solaris

Terbenam (Embedded)
  • Windows CE
  • Windows Mobile
  • Palm OS
  • Enbedded Linux
  • Symbian OS
  • Android

Friday, May 10, 2013

HELPDESK 1BESTARINET


Berikut adalah cara bagaigamana sekolah dapat membuat aduan berkaitan talian 1BestariNet atau berkaitan masalah VLE Frog di sekolah tuan/puan

Bantuan Teknikal : 018-799 8787

Jadual Pemasangan : 018- 799 8771

Emel Helpdesk : moesupport@ytlcomms.my

Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, 1BestariNet mempunyai Portal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.

Sumber : BTPN Selangor

1BESTARINET AWARENESS PROGRAMME


Program Kesedaran 1BestariNet akan dilancarkan diseluruh negara sebagai salah satu kempen pendedahan kepada semua warga pendidik, pelajar serta ibu bapa mengenai projek 1BestariNet.
Objektif utama program ini adalah seperti berikut :
  1. Meningkatkan kesedaran projek 1BestariNet
  2. Meningkatkan penggunaan Frog VLE dikalangan warga sekolah guru antara pelajar serta penglibatan ibu-bapa
  3. Kemudahan 1BestariNet (VLE, Highspeed Internet dan pembelajaran kini dimana-mana sahaja)
Mari kita lihat video apa itu 1BestariNet

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari http://www.frogasia.com/roadshow/
Sebagai permulaan SK Taman Putra Perdana telah dipilih sebagai permulaan roadshow VLE Frog dan beberapa sekolah-sekolah daerah sepang akan terlibat secara langsung pada hari Sabtu ini. Pelbagai program menarik dan pameran akan dipamerkan dalam roadshow kali ini.
Maklumat lanjut sila rujuk laman web sekolah tersebut di sini
Sumber : BTPN Selangor

PC EXPO 2013


PC Expo 2013 kembali lagi di Kuala Lumpur. Expo ini akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur bermula 24 Mei 2013 sehingga 26 Mei 2013. Pameran dibuka pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 malam. Banyak barangan ICT boleh didapati di expo tersebut. Selain daripada itu, pihak penganjur juga telah menganjurkan pertandingan dengan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah telefon pintar Sony Xperia Z. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu menghantar borang penyertaan di laman sesawang berikut www.pcexpo.com.my. Janganlah lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkannya. Jumpa nanti di sana. 

Tuesday, April 9, 2013

MEMBANTU PEMASANGAN KOMPUTER DI PUSAT SUMBER SEKOLAH


Baru-baru ini Unit ICT SKS2BK telah mengagihkan 3 unit komputer peribadi untuk kegunaan PSS. Ketiga-tiga unit komputer tersebut adalah komputer terpakai daripada makmal komputer yang boleh digunasemula. Ia telah diformat semula oleh PSS sebagai persediaan bagi kegunaan pinjaman dan pemulangan buku perpustakaan. Komputer itu akan diletakkan di kaunter hadapan di dalam perpustakaan. Diharapkan dengan adanya kemudahan ini PSS SKS2BK akan lebih berdaya saing. Ini adalah kerana PSS SKS2BK akan bertanding di dalam Anugerah Kualiti PPD Petaling Perdana. Semoga berjaya kepada Pn. Sapiha bt. Ismail selaku guru media baharu dalam menaik taraf PSS SKS2BK yang tercinta ke tahap yang dapat dibanggakan. Justeru itu, marilah bersama-sama membantu beliau dalam usaha murni beliau membangunkan pusat sumber sekolah kita suapaya gemilang, cemerlang dan terbilang.


Tuesday, April 2, 2013

PIKOM PC FAIR 2013


PIKOM PC Fair kembali lagi di Kuala Lumpur. Pameran yang akan diadakan pada 12 - 14 April 2013 ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Banyak barangan ICT akan dipamerkan di sana. Para pengguna juga boleh mendapatkan barangan-barangan tersebut pada harga yang murah dan berpatutan. Marilah beramai-ramai mendapatkan tawaran-tawaran yang lumayan yang disediakan di sana.

Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut : http://www.pikom.org.my/cms/

Saturday, March 23, 2013

BANNER VLE FORG ASIA UNTUK WEB



Berikut adalah banner VLE Frog Asia berukuran 125 x 125 pixel untuk laman web anda. Sebagai rujukan URL laman web frog VLE anda boleh menggunakan rujukan laman web 1Bestari.net di http://1bestarinet.net/?page_id=741
Sila muat turun files animasi di bawah :
  Frog VLE 125 pixel (8.8 KiB, 374 hits)

Monday, March 18, 2013

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN FROG VLE

  1. Klik pada pautan Akses Kendiri berlabel Frog VLE yang terletak di bahagian sisi bawah blog ini.
  2. Anda akan dibawa ke laman sesawang Frog VLE.
  3. Masukkan YES ID dan Password yang dibekalkan.
  4. Bagi mereka yang pertama kali daftar masuk, anda akan ditanya tentang persetujuaan penggunaan Frog VLE.
  5. Tanda pada kotak kecil di sebelah kiri paparan.
  6. Kemudian klik "Accept".
  7. Anda sudah boleh mengubahsuai portal anda dengan mengklik butang "Edit" di sebelah kiri atas portal anda.
  8. Selamat mencuba.

Thursday, March 14, 2013

HOW PARENTS CAN GET THEIR YES IDs










Step 1 : 
Go to www.yes.my

Step 2 : 
Click on “1BestariNet”

Step 3 : 
Click on ‘Find your 1BestariNet ID’

Step 4 : 
Key in your NRIC number & your full name as per your NRIC. Then, click ‘Search’.

Step 5 : 
Your Yes ID will be displayed here. Type in your personal email and phone number in the respective columns and click ‘Update’.

Step 6 : 
If you would like to receive your password via email. Click on ‘Send Email’. If you would like to receive your password via SMS, click on ‘Send SMS’

Step 7 : 
You will receive a notification that the password was sent successfully.

Tuesday, March 12, 2013

PENGENALAN VLE FROG



Apakah FROG VLE?

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (FROG VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di dalam satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dengan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan internet.


Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Menjimatkan masa dan usaha
Frog VLE memeberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menanda tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi
Frog VLE juga menghubungkan para pendidikan di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan
Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan 9cloud-bases) pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan menambat perhatian 
Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti
Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Monday, March 11, 2013

LADAP VLE FROG

11 Mac 2013, Isnin - SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan bengkel VLE Frog kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah tersebut. Bengkel kali kedua ini telah dijalankan di Makmal Komputer bersebelahan kantin sekolah. Fasilitator yang telah mengendalikan bengkel ini ialah En. Mohd. Fadzli Bin Mansor selaku Penyelaras ICT, SKS2BK. 

Bengkel ini dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hari Isnin (11 Mac 2013) dan pada hari Khamis (14 Mac 2013). Hal ini disebabkan oleh makmal komputer tersebut tidak mampu menampung jumlah kakitangan yang ramai. Seramai 29 orang guru yang telah menyertai bengkel ini pada hari Isnin yang lalu manakala selebihnya akan menyusul pada hari Khamis depan. 

Tujuan bengkel ini dijalankan buat kali kedua adalah untuk mengingat kembali langkah-langkah yang telah dipelajari dahulu. Dalam bengkel ini juga guru-guru dan staf sokongan yang lain dapat mengutarakan masalah-masalah yang sering didapati ketika mengemaskini portal masing-masing. Selain daripada itu, mereka dapat menambah pengetahuan selain pengalaman yang sedia ada. Diharapkan agar mereka mendapat manfaat daripada bengkel yang disertai ini.

Monday, March 4, 2013

JOOTA


JOOTA merupakan satu aplikasi yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk JOOT and Shere maklumat di internet. Just JOOT it merupakan salah satu tagline yang diperkenalkan. Pengguna juga boleh berkolaborasi dengan apa yang diJOOT. Maklumat lanjut berkaitan dengan JOOTA bolehlah ke sesawang JOOTA iaitu http://www.joota.com/

JENIS-JENIS SISTEM OPERASI

Pada masa dahulu kebanyakan sistem operasi merupakan device-dependent iaitu sistem operasi hak milik sesuatu model komputer. Dengan kata lain, sistem operasi itu tidak boleh digunakan dalam komputer lain kecuali komputer yang bina khusus untuknya sahaja. Hak milik perisian ini dimiliki oleh satu vendor atau model komputer sahaja. Manakala hala tuju masa kini, sistem operasi dibina supaya dapat digunakan dalam komputer-komputer dari pelbagai pengeluar atau dikenali sebagai device-independent. Kelebihan sistem operasi ini pengguna dapat menyimpan perisian aplikasi dan fail data mereka walaupun mereka menukar kepada model atau vendor komputer lain.

Friday, February 22, 2013

SISTEM OPERASI KOMPUTER

Sesebuah komputer peribadi yang dibeli biasanya telah dimasukkan perisian sistem ke dalam cakera kerasnya. Perisian komputer mengandungi program-program yang mengawal atau mengurus operasi komputer bersama peranti-perantinya. Perisian komputer bertindak sebagai antaramuka (interface) di antara pengguna, perisian aplikasi dan perkakasan komputer.

Dua jenis perisian sistem adalah sistem operasi dan program utiliti. Beberapa jenis program utiliti disediakan dengan sistem operasi. Program utiliti lain tersedia secara tersendiri (stand-alone) bererti sebagai program yang terpisah dari sistem operasi.

Tuesday, February 19, 2013

IT FAIR 2013

 Pameran IT atau IT Fair akan kembali lagi buat sekian kalinya pada tahun 2013 ini. Pameran tersebut akan diadakan di Mid Valley Megamall pada 8 - 10 Mac 2013. Justeru itu banyak tawaran yang hebat dan menarik dalam pameran tersebut. Jadi marilah beramai-ramai ke pameran tersebut untuk mendapatkan gadget yang terkini dan sensasi ini.

Layari laman sesawang http://www.malaysiaitfair.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Thursday, February 14, 2013

CARA PENJAGAAN CAKERA OPTIK

Pengeluar cakera mengatakan cakera optik jika dijaga dengan baik, boleh bertahan dari lima hingga ke seratus tahun. Antara cara penjagaannya adalah seperti berikut :

  1. Jangan lentur atau patahkan cakera.
  2. Jangan dedahkan pada suhu yang terlalu panas atau terlalu lembab. Suhu terbaik untuk menyimpan cakera optik ialah antara 50˚- 70˚F.
  3. Jangan menindih cakera dengan benda lain.
  4. Jangan menyentuh/memegang sebelah bawah cakera (menyimpan data).
  5. Jangan dedahkan cakera hingga tercalar.
  6. Masukkan cakera ke dalam tempat penyimpanannya dan letakkan dalam kedudukan menegak.
  7. Kesat cakera dangan kain lembut yang dilembabkan dengan air suam atau alkohol dan sapu dari tengah cakera menghala ke luar.

JENIS-JENIS CAKERA OPTIK

Jenis-jenis cakera optik yang boleh didapati di pasaran adalah seperti :

  1. CD-ROM
  2. CD-R
  3. CR-RW
  4. DVD-ROM
  5. DVD+R
  6. DVD-R
  7. DVD-RW
  8. DVD+RW
  9. DVD+RAM

CAKERA OPTIK

Cakera optik merupakana sejenis media storan yang leper, bulat dan mudah-alih. Cakera jenis ini dibuat daripada logam, plastik dan laker (lacquer), iaitu ia ditulis dan dibaca menggunakan laser. Cakera optik digunakan dalam komputer peribadi mempunyai garis pusat (diameter) 4.75 inci dan setebal kurang daripada satu perduapuluh inci. Komputer dan peranti kecil pula menggunakan cakera mini yang bergaris pusat tiga inci atau kurang. Cakera optik ada yang boleh digunakan sebelah sahaja ada ada yang boleh digunakan pada kedua-dua bahagaian atas dan bawah cakera. 

Cakera optik menyimpan perisian, data foto digital, movie dan muzik. Ada cakera optik berformat baca sahaja, iaitu pengguna tidak boleh menulis (menyimpan) atas media tersebut. Selain boleh ditulis dan dibaca ia juga membolehkan pengguna menyimpan pada cakera sebagaimana yang dilakukan pada cakera keras. Hampir setiap komputer peribadi kini mempunyai pemacu cakera optik dipasang pada petak (bay) pemacu. Pada pemacu ini pengguna perlu menekan butang untuk mengeluarkan bekas, memasukkan cakera dan tekan semula butang untuk menutup bekas tersebut. Lain-lain kemudahan pada pemacu ini termasuk butang kawalan suara dan port headphone.

Sunday, February 3, 2013

STORAN DALAM TALIAN

Ada pengguna memilih storan dalam talian selain daripada menyimpan data pada cakera keras. Storan dalam talian merupakan perkhidmatan web yang menyediakan storan cakera keras kepada pengguna komputer dengan yuran bulanan yang rendah. ada juga storan jenis ini yang diberi percuma.

Sunday, January 27, 2013

KELEBIHAN CAKERA KERAS LUARAN DAN PINDAH-ALIH

  1. Penghantaran fail dalam bilangan banyak.
  2. Simpan bantuan (backup) fail-fail penting atau keseluruhan cakera keras dalaman.
  3. Dapat menyimpan fail audio dan video yang besar.
  4. Menjaga keselamatan data anda; contohnya setelah selesai membuat kerja, alihkan cakera dan kuncikan. Tiada data yang tertinggal di dalam komputer.
  5. Menambah ruang storan pada komputer notebook atau PC Tablet.
  6. Menambah ruang storan pada komputer desktop tanpa perlu membuka unit sistem.
  7. Berkongsi pemacu dengan pelbagai komputer.

Monday, January 21, 2013

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

  1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
  2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  3. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  4. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
  5. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
  6. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
  7. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
  8. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang perkara yang tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
  9. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
  10. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
  11. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
  12. Dilarang mencetak, mengedar atau menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tertentu.
  13. Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
  14. Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
  15. Semua hasil kerja hendaklah disimpan di dalam cakera keras sahaja.
  16. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru sahaja.
  17. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke makmal hendaklah merekod penggunaannya di dalam buku log makmal.
  18. Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.
  19. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

Friday, January 18, 2013

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNA

  1. Meja komputer perlu diatur dengan baik dan teratur dengan sistem unit diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
  2. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk menghindari daripada sakit pinggang.
  3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dari laluan pengguna.
  4. Penapis cahaya monitor boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
  5. Laraskan kedudukan mata dengan monitor di antara 18 ke 24 inci.
  6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dengan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
  7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan pada kedua-dua belah kaki atau tangan.
  8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
  9. Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit dimatikan terlebih dahulu serta tanggalkan plug.
  10. Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan daripada memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
  11. Perhatikan jika terdapat wayar yang terdedah dengan menukarnya dengan wayar yang lebih selamat.

Saturday, January 5, 2013

PENEMPATAN SEMULA KOMPUTER MAKMAL

Baru-baru ini SKS2BK telah menerima 42 unit komputer peribadi. Ia merupakan komputer gantian bagi komputer lama yang telah melalui proses pelupusan pada tahun 2010. Semua komputer tersebut telah ditempatkan di dalam makmal komputer yang terletak di sebelah kantin sekolah. Sebelum ini, makmal komputer tersebut menempatkan 21 unit komputer peribadi yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

Justeru itu, semua komputer terbabit terpaksa ditempatkan semula ke bilik-bilik khas untuk dimanfaatkan oleh guru-guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dilakukan untuk memberi laluan kepada komputer baharu ditempatkan di sana. Berikut adalah tempat-tempat di mana komputer tersebut ditempatkan semula serta bilangan unit yang dibekalkan. 

Tempat
Unit
Pejabat
1
Bilik GPK Kokurikulum
1
Bilik Peperiksaan
1
Bilik j-QAF
1
Bilik Guru
2
Bilik SPBT
1
Bilik Pemulihan
1
Bilik Bimbingan & Kaunseling
1
Prasekolah
2
Perpustakaan
4
Makmal Sains
1