Tuesday, July 24, 2012

SUMBANGAN KOMPUTER PERIBADI (PC)


Pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lepas, sebuah syarikat swasta telah bermurah hati menyumbangkan 10 buah komputer peribadi kepada pihak sekolah. Syarikat tersebut ialah Maybank Berhad. Majlis pelancaran telah dibuat pada Majlis Perasmian Sukan Tahunan SKS2BK. Komputer yang disumbangkan adalah 10 buah komputer peribadi (PC) berjenama Dell. Walaupun komputer tersebut adalah komputer terpakai namun pihak Maybank telah membaikpulih dan memasangnya di Makmal Komputer Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Maybank Berhad di atas sumbangan tersebut. Jika ada pihak luar yang ingin memberikan sumbangan sama ada secara peribadi atau melalui syarikat, sila menghubungi pihak pejabat sekolah untuk maklumat lanjut.


Wednesday, July 18, 2012

MICROSOFT OFFICE 2013


MICROSOFT Corp (Microsoft) melancarkan perisian Office baru yang lebih canggih dengan perubahan besar kepada beberapa fungsi Words, OneNote, Excel dan PowerPoint yang disasarkan kepada pengguna biasa dan perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pengenalan Office baru sejajar dengan persediaan syarikat itu untuk mendahului teknologi pejabat moden selepas melancarkan sistem operasi Windows 8 yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Kami menganggap perisian Office baru sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft,” katanya ketika pelancaran Office baru dinamakan ‘Office 2013’ di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Korporatnya, Kirk Koenigsbauer.

Office 2013 mempunyai perubahan besar-besaran daripada aspek rekaan yang lebih intuitif supaya dapat beroperasi dengan baik dalam pelbagai penggunaan seperti sentuhan pada tablet, pen stylus, menggunakan tetikus atau papan kekunci asalkan ia peranti berasaskan Windows.

Antara ciri baru diperkenalkan Office termasuk cara membaca dokumen dalam Words, fungsi OneNote yang lebih baik, fungsi mesyuarat termasuk perkongsian serta suntingan dokumen dan komunikasi perkhidmatan cloud lebih bersepadu.

Sumber : Akhbar Metro Online

Monday, July 9, 2012

PC FAIR II

PIKOM PC Fair kembali lagi di KLCC. Pameran dunia perkomputeran yang terulung di Malaysia ini akan diadakan dari 13 hingga 15 Julai 2012. Jadi marilah beramai-ramai kita berkunjung ke pameran tersebut.