Wednesday, July 18, 2012

MICROSOFT OFFICE 2013


MICROSOFT Corp (Microsoft) melancarkan perisian Office baru yang lebih canggih dengan perubahan besar kepada beberapa fungsi Words, OneNote, Excel dan PowerPoint yang disasarkan kepada pengguna biasa dan perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pengenalan Office baru sejajar dengan persediaan syarikat itu untuk mendahului teknologi pejabat moden selepas melancarkan sistem operasi Windows 8 yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Kami menganggap perisian Office baru sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft,” katanya ketika pelancaran Office baru dinamakan ‘Office 2013’ di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Korporatnya, Kirk Koenigsbauer.

Office 2013 mempunyai perubahan besar-besaran daripada aspek rekaan yang lebih intuitif supaya dapat beroperasi dengan baik dalam pelbagai penggunaan seperti sentuhan pada tablet, pen stylus, menggunakan tetikus atau papan kekunci asalkan ia peranti berasaskan Windows.

Antara ciri baru diperkenalkan Office termasuk cara membaca dokumen dalam Words, fungsi OneNote yang lebih baik, fungsi mesyuarat termasuk perkongsian serta suntingan dokumen dan komunikasi perkhidmatan cloud lebih bersepadu.

Sumber : Akhbar Metro Online

No comments: