Friday, February 22, 2013

SISTEM OPERASI KOMPUTER

Sesebuah komputer peribadi yang dibeli biasanya telah dimasukkan perisian sistem ke dalam cakera kerasnya. Perisian komputer mengandungi program-program yang mengawal atau mengurus operasi komputer bersama peranti-perantinya. Perisian komputer bertindak sebagai antaramuka (interface) di antara pengguna, perisian aplikasi dan perkakasan komputer.

Dua jenis perisian sistem adalah sistem operasi dan program utiliti. Beberapa jenis program utiliti disediakan dengan sistem operasi. Program utiliti lain tersedia secara tersendiri (stand-alone) bererti sebagai program yang terpisah dari sistem operasi.

Tuesday, February 19, 2013

IT FAIR 2013

 Pameran IT atau IT Fair akan kembali lagi buat sekian kalinya pada tahun 2013 ini. Pameran tersebut akan diadakan di Mid Valley Megamall pada 8 - 10 Mac 2013. Justeru itu banyak tawaran yang hebat dan menarik dalam pameran tersebut. Jadi marilah beramai-ramai ke pameran tersebut untuk mendapatkan gadget yang terkini dan sensasi ini.

Layari laman sesawang http://www.malaysiaitfair.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Thursday, February 14, 2013

CARA PENJAGAAN CAKERA OPTIK

Pengeluar cakera mengatakan cakera optik jika dijaga dengan baik, boleh bertahan dari lima hingga ke seratus tahun. Antara cara penjagaannya adalah seperti berikut :

  1. Jangan lentur atau patahkan cakera.
  2. Jangan dedahkan pada suhu yang terlalu panas atau terlalu lembab. Suhu terbaik untuk menyimpan cakera optik ialah antara 50˚- 70˚F.
  3. Jangan menindih cakera dengan benda lain.
  4. Jangan menyentuh/memegang sebelah bawah cakera (menyimpan data).
  5. Jangan dedahkan cakera hingga tercalar.
  6. Masukkan cakera ke dalam tempat penyimpanannya dan letakkan dalam kedudukan menegak.
  7. Kesat cakera dangan kain lembut yang dilembabkan dengan air suam atau alkohol dan sapu dari tengah cakera menghala ke luar.

JENIS-JENIS CAKERA OPTIK

Jenis-jenis cakera optik yang boleh didapati di pasaran adalah seperti :

  1. CD-ROM
  2. CD-R
  3. CR-RW
  4. DVD-ROM
  5. DVD+R
  6. DVD-R
  7. DVD-RW
  8. DVD+RW
  9. DVD+RAM

CAKERA OPTIK

Cakera optik merupakana sejenis media storan yang leper, bulat dan mudah-alih. Cakera jenis ini dibuat daripada logam, plastik dan laker (lacquer), iaitu ia ditulis dan dibaca menggunakan laser. Cakera optik digunakan dalam komputer peribadi mempunyai garis pusat (diameter) 4.75 inci dan setebal kurang daripada satu perduapuluh inci. Komputer dan peranti kecil pula menggunakan cakera mini yang bergaris pusat tiga inci atau kurang. Cakera optik ada yang boleh digunakan sebelah sahaja ada ada yang boleh digunakan pada kedua-dua bahagaian atas dan bawah cakera. 

Cakera optik menyimpan perisian, data foto digital, movie dan muzik. Ada cakera optik berformat baca sahaja, iaitu pengguna tidak boleh menulis (menyimpan) atas media tersebut. Selain boleh ditulis dan dibaca ia juga membolehkan pengguna menyimpan pada cakera sebagaimana yang dilakukan pada cakera keras. Hampir setiap komputer peribadi kini mempunyai pemacu cakera optik dipasang pada petak (bay) pemacu. Pada pemacu ini pengguna perlu menekan butang untuk mengeluarkan bekas, memasukkan cakera dan tekan semula butang untuk menutup bekas tersebut. Lain-lain kemudahan pada pemacu ini termasuk butang kawalan suara dan port headphone.

Sunday, February 3, 2013

STORAN DALAM TALIAN

Ada pengguna memilih storan dalam talian selain daripada menyimpan data pada cakera keras. Storan dalam talian merupakan perkhidmatan web yang menyediakan storan cakera keras kepada pengguna komputer dengan yuran bulanan yang rendah. ada juga storan jenis ini yang diberi percuma.