Thursday, January 16, 2014

KEMASKINI YES ID MURID 2014

Yes ID adalah akaun yang dicipta oleh 1Bestarinet untuk log masuk ke laman sesawang Frog VLE. Setiap Yes ID adalah unik yang diberikan kepada penyelaras, pentadbir, guru, kakitangan pejabat, murid dan ibu bapa.

Setiap tahun, 1Bestarinet akan mengemaskini maklumat guru dan murid. Ini berkaitan dengan perubahan-perubahan pada data setiap individu sama ada berlaku perubahan atau berpindah masuk mahupun keluar dari sekolah ini. Justeru itu, maklumat tersebut perlu dikemaskini dan diselenggara untuk memastikan data yang dikeluarkan adalah sahih.

Walaupun begitu, bagi murid-murid yang telah diberi Yes ID oleh guru masing-masing pada tahun lepas boleh menggunakannya seperti biasa. Bagi murid baharu, Yes ID anda akan dicipta dan akan diberikan kepada anda dengan segera agar dapat digunakan secepat yang mungkin.

Semua yang di atas akan dapat diselesaikan setelah data APDM telah disahkan dan dimuatnaik ke dalam sistem 1Bestarinet. Oleh yang demikian, data ini mengambil masa yang lama untuk diproses. Besar harapan kami agar proses ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekat agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan interaktif.