Tuesday, April 9, 2013

MEMBANTU PEMASANGAN KOMPUTER DI PUSAT SUMBER SEKOLAH


Baru-baru ini Unit ICT SKS2BK telah mengagihkan 3 unit komputer peribadi untuk kegunaan PSS. Ketiga-tiga unit komputer tersebut adalah komputer terpakai daripada makmal komputer yang boleh digunasemula. Ia telah diformat semula oleh PSS sebagai persediaan bagi kegunaan pinjaman dan pemulangan buku perpustakaan. Komputer itu akan diletakkan di kaunter hadapan di dalam perpustakaan. Diharapkan dengan adanya kemudahan ini PSS SKS2BK akan lebih berdaya saing. Ini adalah kerana PSS SKS2BK akan bertanding di dalam Anugerah Kualiti PPD Petaling Perdana. Semoga berjaya kepada Pn. Sapiha bt. Ismail selaku guru media baharu dalam menaik taraf PSS SKS2BK yang tercinta ke tahap yang dapat dibanggakan. Justeru itu, marilah bersama-sama membantu beliau dalam usaha murni beliau membangunkan pusat sumber sekolah kita suapaya gemilang, cemerlang dan terbilang.


Tuesday, April 2, 2013

PIKOM PC FAIR 2013


PIKOM PC Fair kembali lagi di Kuala Lumpur. Pameran yang akan diadakan pada 12 - 14 April 2013 ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Banyak barangan ICT akan dipamerkan di sana. Para pengguna juga boleh mendapatkan barangan-barangan tersebut pada harga yang murah dan berpatutan. Marilah beramai-ramai mendapatkan tawaran-tawaran yang lumayan yang disediakan di sana.

Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut : http://www.pikom.org.my/cms/