Tuesday, March 12, 2013

PENGENALAN VLE FROG



Apakah FROG VLE?

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (FROG VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di dalam satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dengan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan internet.


Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Menjimatkan masa dan usaha
Frog VLE memeberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menanda tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi
Frog VLE juga menghubungkan para pendidikan di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan
Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan 9cloud-bases) pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan menambat perhatian 
Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti
Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

No comments: