Monday, March 11, 2013

LADAP VLE FROG

11 Mac 2013, Isnin - SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan bengkel VLE Frog kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah tersebut. Bengkel kali kedua ini telah dijalankan di Makmal Komputer bersebelahan kantin sekolah. Fasilitator yang telah mengendalikan bengkel ini ialah En. Mohd. Fadzli Bin Mansor selaku Penyelaras ICT, SKS2BK. 

Bengkel ini dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hari Isnin (11 Mac 2013) dan pada hari Khamis (14 Mac 2013). Hal ini disebabkan oleh makmal komputer tersebut tidak mampu menampung jumlah kakitangan yang ramai. Seramai 29 orang guru yang telah menyertai bengkel ini pada hari Isnin yang lalu manakala selebihnya akan menyusul pada hari Khamis depan. 

Tujuan bengkel ini dijalankan buat kali kedua adalah untuk mengingat kembali langkah-langkah yang telah dipelajari dahulu. Dalam bengkel ini juga guru-guru dan staf sokongan yang lain dapat mengutarakan masalah-masalah yang sering didapati ketika mengemaskini portal masing-masing. Selain daripada itu, mereka dapat menambah pengetahuan selain pengalaman yang sedia ada. Diharapkan agar mereka mendapat manfaat daripada bengkel yang disertai ini.

No comments: