Friday, December 21, 2012

KOMPUTER PERIBADI MAKMAL KOMPUTER BAHARU

Pada hari ini bersamaan 21 Disember 2012 (Jumaat), SKS2BK telah siap memasang 42 unit komputer peribadi yang telah dihantar beberapa hari yang lalu. Semua komputer peribadi tersebut adalah gantian bagi komputer peribadi yang telah dilupuskan sebelum ini. Pada hari ini juga, SKS2BK telah menerima 2 unit pencetak (printer) dan 2 unit projektor serta 42 unit uninterruptible power supply (UPS) sebagai pelengkap kepada komputer peribadi yang telah dihantar. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh juruteknik komputer daripada syarikat pembekal iaitu Kelisa Technology Sdn. Bhd. 

 
Setelah pemasangan selesai, setiap peralatan yang diterima telah diuji lari dan boleh digunakan. Di akhir proses penerimaan peralatan tersebut, saya selaku penyelaras ICT SKS2BK telah menandatangani dokumen penyerahan dan uji lari. Guru Besar juga telah menandatangani dokumen yang sama untuk pengesahan dan sebagai saksi. Insyaallah jika tidak ada aral, maka makmal komputer tersebut boleh digunakan apabila hari persekolahan dimulakan. Manfaatkanlah makmal komputer baharu ini sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran serta ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
 

No comments: