Wednesday, December 19, 2012

PENGHANTARAN KOMPUTER PERIBADI MAKMAL KOMPUTER


Makmal komputer telah banyak dibekalkan kepada kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia. Para pelajar menggunakan makmal komputer untuk mempelajari teknologi maklumat menggunakan komputer dan internet. SKS2BK memiliki dua buah makmal komputer yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah sebuah daripadanya telah dilupuskan pada tahun 2010 yang lalu. 


Setelah proses pelupusan selesai, maka pihak Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana yang bertanggungjawab menyelaras proses pelupusan dan pengagihan komputer baharu sebagai gantian komputer yang telah dilupuskan telah meluluskan penghantaran bekalan 42 unit komputer peribadi ke sekolah ini. Kesemua unit komputer peribadi itu telah diterima oleh Unit ICT SKS2BK pada 19 Disember 2012. Walau bagaimanapun, makmal komputer terbabit masih kurang lengkap tanpa peralatan tambahan seperti pengimbas (scanner), pencetak (printer) dan projektor. 


No comments: