Windows 10 telah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Julai 2015. Malangnya proses menunggu giliran memakan masa yang terlalu lama. Microsoft sedang berusaha menyusun jutaan pengguna Windows untuk menaik taraf sistem mereka ke Windows 10.
Di sini saya ingin kongsikan cara yang mudah dan cepat untuk menaik taraf sistem operasi komputer anda ke Windows 10 tanpa perlu menunggu lama. Walaupun cara ini lebih kepada pemasangan sistem Windows melalui media pemasangan seperti DVD atau pemacu kilat. Cara ini juga boleh digunakan untuk menaik taraf sistem operasi tanpa melalui media pemasangan.
Sebelum pemasangan, anda perlu membuat salinan data di dalam komputer anda ke media pemasangan luaran agar ia boleh di salin semula ke dalam sistem Windows nanti. Anda boleh berbuat demikian, dengan memasang aplikasi Easeus Sistem GoBack. Walaupun Windows 10 mempunyai aplikasi tersendiri untuk kembali ke sistem sebelumnya. Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut akan luput selepas satu bulan. GoBack seharusnya boleh berfungsi selama-lamanya.
Seterusnya, pergi ke halaman Download Windows 10, klik pada Download Tool Now. Anda diberi pilihan sama ada versi 32-bit atau 64-bit. Ia bergantung kepada sistem operasi Windows yang sedang anda gunakan.
Gunakan aplikasi ini, kemudian pilih "Upgrade this PC." Anda hanya perlu menunggu seketika sementara Windows 10 dimuat turun, disahkan dan sedia untuk pemasangan. Pilihan yang terbaik adalah menunggu ketibaan pemasangan yang rasmi daripada Microsoft.