Friday, November 1, 2013

SISTEM ANALISIS KOMPETENSI ICT SUDAH DIJAWAB

Sistem Analisis Kompetensi ICT yang disediakan oleh Kementeraian Pendidikan Malaysia (KPM) mengandungi 30 soalan telah selesai dijawab keseluruhannya oleh guru-guru SKS2BK. Seramai 55 orang guru dan pentadbir telah mengambil bahagian masing-masing di dalam tempoh yang diberikan. Tempoh yang diberikan oleh KPM adalah dari 23 Oktober 2013 hingga 31 Oktober 2013. Walau bagaimanapun tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 12:00 tengah malam 1 November 2013.


Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah mengambil tindakan yang proaktif dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Guru-guru telah mengambil tindakan yang pantas di dalam menyelesaikan soal jawab tersebut walaupun masih banyak tugas-tugas lain yang menanti. Sememangnya guru-guru SKS2BK telah menunjukkan semangat kerjasama yang utuh dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Kerjasama yang sebegini akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan di sekolah kita ke tahap yang lebih cemerlang. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah kita.

Dalam tempoh soal selidik tersebut berlansung, saya dapati masih banyak guru yang kurang yakin dengan keupayaan diri masing-masing dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai asas pengetahuan ICT, namun pengetahuan perlu di dalami dan dihayati. Saya rasa amat bersyukur kerana dengan adanya ujian sebegini dapat membuka mata saya dan rakan-rakan seperjuangan tentang kepentingan ICT di dalam dunia pendidikan yang kita sedang kendung sekarang. 

Oleh itu, tingkatkanlah pengetahuan masing-masing dengan membanyakkan membaca buku-buku ICT dan yang berkaitan dengannya agar pengetahuan kita akan bertambah dan dapat bersaing dengan perkembangan ICT yang semakin cepat dan pantas ini. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung kelapa yang tidak mengikuti perkembangan terkini tentang dunia ICT yang semakin mencabar ini. Bagi mereka yang mempunyai kemusykilan berkaitan ICT bolehlah bertanya kepada mereka yang ahli di dalam bidang tersebut.

Tuesday, October 29, 2013

CIRI BARU FROG VLE


Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut : -


Monday, October 21, 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT KPM 2013

Pelaksanaan Ujian Kompetensi ICT diwajibkan ke atas semua pegawai perkhidmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah). Ini merupakan salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Tempoh masa yang diberikan kepada seluruh negeri Selangor adalah dari 23 Oktober 2013 sehingga 31 Oktober 2013Soalan kajian ini terdiri daripada 30 soalan yang perlu dijawab dalam masa 40 minit. Masa dikira apabila anda klik MULA. Ujian perlu diteruskan hingga tamat semua soalan ATAU masa telah tamat. (nak makan, minum atau ke tandas hanya selepas ujian)

Soalan ujian ini dibuat berbeza mengikut gred gaji pegawai. Semakin tinggi tangga gaji seseorang, soalan MUNGKIN lebih sukar kerana pegawai berkenaan dijangka mempunyai lebih banyak ilmu pengetahuan.

Sebarang peranti (device) telekomunikasi seperti komputer, ipad, tablet, smartphone dan lain-lain boleh digunakan untuk tujuan menduduki ujian ini.

Baca dan terus jawab soalan tanpa fikir banyak kali. Peruntukan masa bagi 1 soalan adalah kurang lebih 1 minit lebih sahaja masa.

Guru-guru yang mahu menduduki ujian berbentuk kajian secara online ini, sila ke pautan di bawah.

Selamat Berjaya!

Wednesday, October 9, 2013

PC EXPO 2013

PC EXPO 2013 kembali lagi di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. Expo yang diadakan dari 1 hingga 3 November 2013 akan disertai oleh banyak syarikat ICT terkemuka. Banyak barangan dan gadjet yang terkini dipamerkan dan dijual di sana pada harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut : -

Tuesday, October 1, 2013

PENGAKTIFAN 1BESTARINET YES ID


Langkah 1 : Laman web www.yes.my/1bestarinet

Langkah 2 : Klik Activate Now.

Langkah 3 : Masukkan 1BestariNet Yes ID dan Password.