Monday, December 3, 2012

PC FAIR III



PIKOM sekali lagi akan menganjurkan PC Fair sebagai penutup pada tahun 2012 ini. Seperti biasa pameran ini akan diadakan di ruang legar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pameran tersebut akan diadakan bermula pada 7 hingga 9 Disember 2012. Banyak promosi daripada pelbagai syarikat IT untuk anda semua. Datanglah beramai-ramai bagi mendapatkan produk ICT pada harga yang murah. Untuk maklumat lanjut, sila layaran laman sesawang PIKOM di bawah ini.

CAKERA MAGNETIK


Cakera magnetik menggunakan partikel magnetik untuk menyimpan item seperti data, arahan dan maklumat pada permukaan cakera. Magnetik pertikel ini mewakili 0 bit atau 1 bit, bergantung kepada susun atur partikel itu. Bit (digital binari) adalah unit terkecil data yang boleh diproses oleh komputer. Justeru itu, susun atur partikel magnetik mewakili data tersebut.

Sebelum sebarang data boleh dibaca dari atau ditulis atas cakera magnetik, cakera itu perlu diformat terlebih dahulu. Memformat adalah proses membahagi cakera kepada trek dan sektor. Ini membolehkan sistem operasi menyimpan dan mengesan data dan maklumat pada cakera tersebut.

Trek merupakan jalur halus untuk merekod. Trek ini membentuk pusingan penuh atau permukaan cakera. Lokasi storan cakera mempunyai sektor-sektor berbentuk pai (pie) yang memecahkan trek-trek kepada arca-arca kecil dipanggil sektor. Satu-satu sektor pada cakera magnetik biasanya dapat menyimpan sehingga 512 bait data.

Tiga jenis cakera magnetik ialah cakera keras, cakera liut dan cakera Zip. Cakera-cakera ini ada yang jenis portable dan ada juga yang tidak. Dalam media storan, portable bermaksud anda boleh mengalihkan media tersebut dari satu komputer dan membawanya ke satu komputer yang lain.

Thursday, November 29, 2012

PERANTI STORAN

Storan bermaksud menyimpan data, arahan dan maklumat untuk kegunaan akan datang. Setiap komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan aplikasi. Komputer akan mula beroperasi apabila komputer mengesan sistem operasi dalam storan dan memuatkannya ke dalam memori. Apabila pengguna mengeluarkan arahan untuk memulakan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, sistem operasi akan  mengesan program tersebut di dalam storan dan memuatkannya ke dalam memori. 

Selain program, pengguna juga boleh menyimpan pelbagai data dan maklumat pada mainframe, server, komputer, desktop, notebook, tablet PC, netbook, ultrabook, komputer handheld, PDA dan telefon pintar. Misalnya semua jenis pengguna menyimpan foto digital, temujanji, jadual kerja alamat, emel atau mesej.

Monday, November 26, 2012

PERANTI OUTPUT

Output adalah data yang telah diproses menjadi bentuk yang berguna. Ini bermakna komputer memproses data (input) kepada maklumat (output). Komputer menjana beberapa jenis output perisian dan perkakasan serta keperluan pengguna.

Pengguna melihat output pada skrin, mencetak atau mendengar melalui pembesar suara (speaker), headphone atau earphone. Monitor, komputer notebook, tablet pc, PDA dan telefon pintar (smartphone) mempunyai skrin yang membolehkan pengguna melihat dokumen, laman sesawang, emel, mesej dan lain-lain jenis output.

Ada pencetak yang menghasilkan dokumen hitam-putih manakala yang lain menghasilkan warna yang cantik dan terang. Ini membolehkan pengguna mencetak dokumen, foto dan transperansi berwarna. Melalui pembesar suara (speaker), headphone atau earphone, pengguna dapat mendengar bunyi, muzik atau mesej bersuara.

Sunday, November 25, 2012

PERANTI INPUT

Peranti input (input device) merupakan alat menerima data dan arahan daripada pengguna. Contoh peranti input yang sering digunakan ialah papan kekunci (keyboard), mesin pengimpbas (scanner), bebola pengesan (trackball), kayuria, input biometrik, pen digital, mikrofon, headphone, kamera dan vidoe digital, pembaca kod bar (bar code reader), skrin sentuh,pad sentuh dan input suara (audio input).

Melalui penggunaan peranti input ini, pengguna komputer boleh membentuk teks, melukis grafik, membuat pengiraan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, peranti input merupakan peranti yang membolehkan sesuatu data mentah dimasukkan supaya boleh diproses oleh sesebuah sistem komputer agar ia menjadi meklumat yang lebih berguna dan boleh difahami oleh pengguna.